background

sepahtu juara MLM13

"... rindu aku, saat aku rindu kamu,
terasa kau masih ada di dekatku,
tak mudah aku lupakan dirimu,
di saat aku sendiri ..."

Assalamualaikum….
Hmmm.. Ohooooohoi! Mata bertentang mata. Hati bagai nak gilak ! ehhhehe:p

Wokay! Firstly, miss azreen nak bagitahu! SEPAHTU yang korang kata buat lawak bodoh, yg tak kelakar, yg apa apa jer jadi JUARA MAHARAJALAWAK MEGA 2013 ! Alhamdulilah. Seperti miss azreen katakan dulu, orang yang selalu dicaci, di hina , diperkatakan, akan di lindungi oleh Yang Maha Esa. Terbuktikan?
   
     abg jep ada cakap peminat sepahtu ialah peminat LUAR BIASA. Saya cakap jujur, pada masa itu, kami sepahturious rasa amat di hargai. Thanks. Bukan sekali jer jep ulang ayat tu. Hampir 3 kali,, dalam satu malam. Tersengih sengih miss azreen malam tu.  Hok Aloh, jep! Kitorang minat jep dan sepahtu sebab bakat anda! Kami yakin akan bakat anda!

   

"kami bakal rindu melihat dan mendengar lawak anda"

Ramai yang berpendapat, sepahtu tak layak jadi juara . hmm... even kawan miss azreen jugak.

miss azreen agak kecewa di situ.

Untuk pengetahuan semua, undian sms hanya sebanyak 30 % sahaja! saya ulang 30 % sahaja. yang lebihnya di bolos oleh juri sebanyak 70%! so, markah juri yang mempengaruhi kejuaraan mereka! bukti? minggu separuh akhir, sepahtu dapat markah juri yang sgt rendah tapi, undian mereka tetap tinggi. then, diorang duduki tempat terakhir. Bagi saya, undian sms tak banayk membantu. So, jangan cakap sepahtu menang sebab populariti. 
Ternyata, lawak sepahtu memang havoc! Diorang guna punchline yang hebat.
Seperti kata salah seorang hamba Allah, "most of finalist guna lawak lawak lepas, buat sepahtu is not!"

Allah dah tentukan mereka menjadi juara! sejak azali lagi, buat apa untuk kita membantah! 

Btw, miss azreen nak kasi tau, kepada perindu perindu jep, korang boleh jadikan skool of 

lawak, rancangan wajib tengok , sebab ada jep sebagai pengacara bersama Johan!

Itu saja drpd miss azreen. Assalamualaikum.


gerak gempur sepahturious

dari jauh ,
 ku berlari,
mengejar mimpi mimpi,
berat rasanya ku dapatkan semua.

Apa khabar readers sekalian? Sihat? Dah mandi? Dah sarapan pagi? Hmm…. Banyak betul soalan miss azreen pada pagi ini.
Wokay! Kita tak mau sembang banyak banyak pagi ini. Sebab? Miss azreen nak buat satu persediaan mental dan fizikal kita menghadapi MLM 13(final). Miss azreen nak adakan gerak gempur boleh tak? Hmm.. “apa yang di merepekkan oleh miss azreen nie? Dah macam ambil exam yespiyem jer ni?” Takpe.. takfaham tak pe!
Sayang sayangku sekalian,
     Ingat lagi tak ayat ayat ini,
kami minta maaf kerana menghampakan jutaan hati” –jep sepahtu
Wait! Adakah mereka menghampakan kita atau kita sebagai peminat yang menghampakan mereka? Di mulut kata sayang mereka, di hati, kata?
Hmm.. takpe. Jawapan awak tu awak simpan jerlah. Saya tak nak kesah pon. Sudah cukup berat beban yang cuba di bawa oleh sepahtu. Dan betapa sakitnya hati para “real sepahturious” melihat dan mendengar isu isu yang menjatuhkan sepahtu. Saya pon turut kecewa.

Wait !! let us chill :)

Gerak gempur tak boleh ada episode sedih. Di mulakan dengan senyuman nanti akan di akhiri dengan senyuman…
Soalan: apa yang perlu kita buat untuk gerak gempur kali ini?

GERAK GEMPUR JUARA MLM13 (SEPAHTU)
1.    UNDIAN SMS
Adakah anda sudah undi mereka untuk MLM 13(final) ? belum? Bila lagi? Kalau miss azreen, saya akan undi setiap petang dan sebanyak banyak kalinya. And tak mau lah undi 3/5/10 jer. Sekali undi 20 terus. Haha:D tamakkan? And plus. Kepada yang masih bawah umur (18 tahun ke bawah), minta izin terlebih dahulu daripada parent anda. Tetapi, kalau anda yang under-age macam miss azreen yang ada handphone sendiri, boleh lah nak undi sendiri sendiri tu takpe lah. INGAT!!! Undian ini tidak dipaksa. Jika mampu, undilah. Kalau tak mampu, jangan paksa diri! Nanti merana diri!!!! Dan turut DIINGATKAN! Undian kita sedikit sebanyak mampu menyelamatkan kedudukan mereka.

2.    DOA
Yes! Doa itu penting. Kita berdoa agar ALLAH merahmati kumpulan sepahtu . sebab? Mereka telah datang kepada kita dan menghiburkan hati kita yang kadangkala down, tapi diceriakan semula dengan kehadiran dan lawak mereka. Orang yang menghiburkan insane yang lain nie, dapat pahala tau!

3.    PEDULIKAN HATERS SEPAHTU
SUSAH KAN? Hmm.. takpe! Pedulikan mereka. Untuk seketika ini. 5 hari jer! Isnin, selasa, rabu, khamis, dan jumaat. Sekejap jer! Tak lama kan? Mama saya cakap, kalau kita biarkan saja orang yang membencikan kita, lama lama diorang akan senyap! Tak  perlu lawan! Sebab? Lama lama diorang akan letih jugak! Sama jugak situasi saya yang pernah saya cerita dalam entry  yang lepas.

Kalau kita mampu buat ketiga tiga ini saja sudah mampu membuatkan kita kuat yoww!

Anda nak sepahtu menang? so, sama sama kita doa agar sepahtu menang. Mungkin ini salah satu tanda kita berterima kasih kita sebagai sepahturious kepada sepahtu yang telah menghiburkan hati kita dengan kehadiran mereka di atas stage mlm 13 w/pun ketika di hati mereka kecewa dan lawak yang bermakna untuk kita semua

SEPAHTU JUARA MLM 13 :))))

Drama sebelum ke final . Xoxo

Assalamualaikum….
Hari nie miss azreen agak malas nak cari idea dan lagu untuk decorate entry kali ini! Hmm.. semalam bagi readers yang tgk MLM 13 minggu separuh akhir,  korang pasti tahu what type of drama yang happen kat atas stage MLM13, kan?
Tak mau sembang sembang lebih petang nie.
Round 1
Sepahtu presents lawak kolej yang citer pasal hantu. Selalunya, kalau miss azreen tak sedap hati ngan sepahtu, sepahtu akan present lebih baik. Tapi kali ini,  miss azreen mengalami perasaan tak sedap hati jugak, tapi, persembahan sepahtu kali nie, dapat 3 bintang jer? Tetapi ketika itu, miss azreen harap yang lebih baik daripada round 2 nanti. Ada yang kecewa sebab sepahtu cuba buat lawak berulang. Lawak pasal kereta. Takpe. tunggu sampai habis entry nie! Apa kata Miss Azreen? Hmm..
Masa nak tunggu sepahtu round 2, miss azreen tak senang duduk tau! Miss azreen dah hampir separuh gila!!!!!!!
Round 2
Sepahtu gabung dengan  ebby yus! Lawak diorang pasal harta. Ebby Yus memang kelako! Kalau masa round 1, shuib tak sempat dialog. Kali nie, jep tak banyak dialog. Sekali lagi miss azreen ketakutan. Alhamdulilah. Sepahtu dapat 4 bintang.
So,
3+4= 7 bintang:)
Tunggu punya tunggu sampailah ke penghujung. Wait! Miss azreen nak ucap tahniah kepada Ajak Shiro sebab dapat Man Of the Match:) Tahniah!!! So, sekarang nie, sepahtu dan shiro dapat unggul semua plak sinar fm tu.. Yayh !!!!
Masa nak umumkan siapa bakal ke final, miss azreen dah berdebar tau! Dato Ac pon umum, Nabil, Jambu, Shiro akan ke final!!! Tahniah! Sekarang tinggal sepahtu dan bochey. Next, Bochey juga diumum ke final. So tinggal sapa lagi? Sapa lagi? Sapa????? Sapa lagi yang tinggal kalau bukan sepahtu!!!!! Ya Allah! Betapa remuknya hati miss azreen. Kalau ikutkan masa sblm diumumkan, jep nampak gelisah. Dan cuba ditenangkan oleh pak yus. Thanks Pak yus! Miss Azreen mengaku hati sapa yang tak sedih apabila sepahtu, kumpulan yang amat miss azreen sayangi terpaksa disingkirkan. Kalau rakan seusia miss azreen , meminati kpop , epop dan artis yang lain. Tapi, hati miss azreen memang dah dicuri oleh sepahtu! Tak perlu tanya saya kenapa saya minat sepahtu.Itu soalan yang dah basi! Orang lain sibuk kumpul gambar artis kpop, miss azreen sibuk kumpul gambar jep dan sepahtu. Ramai yang  cakap miss azreen gila ! sebab minat sepahtu. Pernah dipulau oleh rakan , sebab minat sepahtu. Ramai orang cakap saya bodoh minat sepahtu. Biarlah miss azreen habiskan dunia remaja ini dengan sepahtu. Macam macam orang cakap! Miss azreen cuba pekak kan telinga! Tak apa! Biarkan! Minggu saban minggu , jep difitnah, digosip , di perkatakan dengan shahrol shiro. Cakap pasal  jep punya attitude! Cakap jep over! Cakap jep kurang ajar! MACAM MACAM LAH ORANG KAT LUAR CAKAP! BENCI SANGAT KAH ANDA PADA SEPAHTU! KENAPA????
Apa masalahnya? Cuba korang cakap!!! Sampai tertubuhnya “ANTI JEP SEPAHTU” punya page! WHAT THE -,-“
Saya tak kecewa dengan sepahtu. Tapi, saya kecewa dengan orang yang kat luar sana! Even, awak! Ye awak wahai readers! Mungkin anda juga ialah anti sepahtu ? SEPAHTU dah buat yang terbaikkk!!! Ada orang cakap sepahtu buat lawak berulang. Isu kereta kan?
KEJAP! Kau fikir nak buat lawak macam buat apa? Engkau nak tulis isi karangan pon terkebil kebil! Saya sendiri nak buat 8 pendahuluan yang berbza untuk soalan yang sama pon, sampai 2 minggu baru siap. Itupun , lepas dapat tiru kawan. Ini nak MELAWAK! Ingat senang ke? Nak cari idea yang always baru! Boleh buat 12 karangan yang paling tergempak gempak gemmpaks tahap maksima . tak boleh tiru sapa sapa! Paling asli! Boleh ke? Tak boleh kan? Kalau boleh, saya respect! Tahniah lah! Sama jugak dengan sepahtu. Diorang tak guna lawak dari kumpulan lain. Diorang hanya guna lawak yang lepas lepas jer! Cuma ada SEKALI , sepahtu guna treadmark kump zero. Itu jer… Tolong respect idea pelawak Malaysia.Saya cakap ini bukan untuk Sepahtu. Nabil juga. Ada yang cakap Nabil asyik buat saleman je .Tak perlu nak tiru lawak orang lain.  Bukan guna lawak orang lain dan perbaharuinya. Itu namanya CIPLAK!
*macam panjang bebelan miss azreen petang nie*
Jep pon, bagi lah sepatah dua kata.Jep ada cakap minta maaf sebab hampakan jutaan hati. Miss azreen sebak. Kalau boleh, masa tu, miss azreen nak tembus skrin tv masuk dewan  MPJB (tak muat tau sebenarnya) dan cuba untuk hentikan siaran MLM ketika itu. Saya yakin jutaaan hati jeppers and sepahturious akan terluka berdarah kesakitan. Saya sengaja tak nak bukak twitter semalam. Saya tak nak tgk tweet sedih drpd jeppers. Saya Nampak jelas kekecewaan pada muka JEP!  Shuib pon dan serta Rahim. Air mata jer peneman kesedihan saya. Saya tak suruh air mata saya mengalir. Tapi, itulah! *speechless
“Kau tak yah sedih sangatlah, Sepahtu juga bakal ke final,” kata Dato AC!
WOW! Again! Double triple fourple fifple sixple purple SPEECHLESS doww! Makin laju air mata miss azreen masa tu. Mama cuba tenang kan saya. Ya Allah, betapa bersyukurnya saya sebab Sepahtu juga menjadi finalis MLM13. So, takde penyingkiran. YAyh! Jahat tau Dato AC nie, saja jer buat kipas susah mati  sepahtu hilang nyawa sekejap. Haish!!!!!
So, akhir kata, tolong undi for sepahtu di final nanti. Saya terus terang tak yakin dengan markah juri. So, undian dari kita itu penting!!! Saya ulang lagi sekali. Hanya undian kita akan ubah nasib SEPAHTU. Biarlah haters  nak cakap Sepahtu popular sebab peminat. Biarkan! Lantak diorang. Janji kita tunjuk pada semua orang kita sedia dan always di belakang SEPAHTU! PLEASE! Jangan berhenti support sepahtu. Korang sayang sepahtu tak? Sayangkan? So, apa lagi, undi diorang!!! Itu jer yang kita perlu buat. Dah undi? Doa kepada ALLAH semoga dipermudahkan urusan  mereka di STADIUM MELAWATI nanti! Lastly, TAWAKAL saja.
Saya tak nak tulis panjang panjang dah. Letih tangan saya menaip.
Sepahtu, I LOVE YOU!!!!! Jumpa di final nanti.

p/s : tema minggu akhir atau episod akhir MLM13 ialah bebas dan muzikal komedi. Saya tahu shiro dan sepahtu boleh buat yang terbaik + miss azreen nak minta maaf sebab jarang update blog.

Haters! Beware of me!

ASSALAMUALAIKUM . XOXO x)

minggu 9 dan 10 :) "review sepahtu"

# SEPAHTU JUARA MLM 13 #


Assalamualaikum.. apa khabar, sepahturious sekalian mahupun readers yang ter singgah kat blog miss azreen nie.:) Amacam rindu tak kat miss azreen? confirm lah rindu. Sblm itu, miss nak mohon maaf sebab tak dapat nak update review sepahtu week 9. sebab? miss azreen sibuk dgn awal persekolahan yang baharu di tempat baru. sibuk dengan study . Chewah X) sibuk dengan nak usha crush baru. eh eh eh? haha:D  Wokay. sepanjang percutian miss azreen nie , miss azreen kerap kali dengar gosip yang baik baik pasal sepahtu. 

Sebagai contoh, Rahim dapat Man Of the Match masa minggu ke 9. Tahniah!! Sepahtu dapat tempat pertama masa minggu ke 9. Tahniah sekali lagi.  dahlah juara minggu ke 9. dapt pulak kereta keluaran terbaru, Proton Alza. masuk paper pulok. Ewaaahh!!! My sepahtu buat kejutan minggu lepas. 

Ok... kita cittaaa pasal persembahan masa minggu ke 9 dulu. Semua contestant mmg buat yg terbaekk! termasuk my sayang, sepahtu. Masa time VT , one of the sepahtu ada ckp , diorang tak prepare sgt. tapi, awat masa time performance best sgt!!!! Jujur dari hati miss azreen, saya cukup risau pada awalnya. Tapi, sepahtu dah tukar pendapat saya. Miss gelak sampai tersedak. (masa tu jamah makan malam) kesian miss azreen kena marah ngan mama. alahai... Rahim pon boleh tahan. Kelako nya mng power. di bantu oleh abg shuib . agak bagus di situ. Tahniah! Tiba tiba... jeng.. jeng..  Jep pon masuk . Dia datang dengan pakaian ala ala pegawai farmasi gitu. Hok Aloh! hymsem sgt dio nie! Sembang punya sembang.. lastly, jep nak mintak kunci kat doktor yang dipegang wataknya oleh shuib ketika itu. Rupa rupanya, Jep pon pegang watak org gila dengan Rahim. Hahah:D bagus :3 Tapi, tak puas tgk minggu lepas. jep asyik masuk keluar masuk keluar. Then, dia merungut. Sapa suruh main game keluar masuk kat atas pentas MLM13.. Yetly, jep jadi tukang sapu sampah. Plus! masa jep menyamar jadi announcer memang kelakar. Part tu, mmg saya dan abah gelak terbahak- bahak. Again! kena tegur dgn mama. Alahai. tapi, lastly, mama ikut gelak jugak. Hahah:D Tapi, miss azreen nampak Rahim banyak tampal lawak lawak yang tak kelihatan. So, kiranya, shuib jadi mem produce kan lawak. Jep cuba untuk kill lawak itu and ditampal dgn lawak Rahim. Tahniah!!! Tahniah! And Sepahtu dapat 4 bintang yo!!! I'm proud of you:')

Minggu ke 10, bertemakan radio. Saya memang tak terfikir apa yang sepahtu akan buat malam nie. Persembahan diorang bermula dengan kemunculan Rahim terlebih dahulu. rupanya, Rahim jadi deejay.. Berdumdedakdumdedakdumdedakdumdedakdumdedak X) yang buat ia kelihatan kelakar alahainya pun, masa time Rahim dah sebut nama sepahtu untuk masuk dalam konti dah. Tapi, Jep dan si soeb nie tak masuk masuk.. Apa pasal lah diorang nie buli Rahim lagi sekali. Then.. lagi sekali, Jep buat saya melting... Dengan pakaian dia. dengan kecomelan dia. dengan tinggi dia. dengan macho dia. Alahai.. terdiam saya seketika. 
Dan rupa rupanya, deejay kita jemput sepahtu rupanya.. 

Rahim: jep, shuib. rahim mana?

Dalam hati, berani sungguh budak nie. X) Macam biasa, Jep dan Shuib mem "ingredient" kan si Rahim nie. Pada mulanya, saya agak risau. takut nanti lawak tak sampai. tapi, ternyata tak. Memeng kelakar. memang sampai lawak diorang nie. sampai dalam hati. Bnyk jugak punchline diorang. Tak habis habis ngan dumdedakdumdedakdumdedakdumdedak. ada satu part yang Rahim cakap "awak cemburu sebab awak tak dapat kan?" kat si soeb nie. muka shuib tahan ketawa jerr.. Apa lagi, miss azreen mengharapkan Si Shuib nie daptlah man of the match. tapi , tak dapat. TAKPE! Btw, tahniah kat NABIL sbb dapat MAN OF THE MATCH !! Then, masa time kak Nora Danish komen, dia cakap Jep Sepahtu hymsem. Pastu, muka jep dah start malu malu.,. alaaaa.. comel sungguh dia nie!!! Btw, kak nora, abg jep mmg selalu hymsem.  Memang dah start baliklah perangai lama miss azreen, termimpikan si jep kita nie. Hahah:D Yetly, Sepahtu dapat 4 bintang yo!!! Tahniah!!!!!!!!!!!! 


Secara jujurnya, saya terlampau tertarik dengan lawak santai yang cuba di bawa oleh Sepahtu. Tak perlu nak puaskan hati kami semua. cukuplah sekadar, anda dah buat yang terbaik. Haters anda juga lama lama nanti akan lumpuh jugak. mesti mereka akan penat jugak nanti. So, lantak kaulah , haters sekalian. Apa yang miss azreen amalkan dalam hidup miss jugak, biarlah org nak kata kita perasan ke, bajet je ke, pandailah sangat, or terlampau over lah sgt  sekalipon, tak perlu ambil hati. Hidup dengan cara kita. Biar org nak kata. suatu hari nati, diorang akan berhenti. cukuplah anda bersabar dan berani ke hadapan. Seperti apa yang miss azreen ngomongkan, "MANUSIA TAKKAN PERNAH BERHENTI MENGUTUK, MENCACI, MENGHINA MAHUPUN MENCARI KESALAHAN SESEORANG DALAM HIDUP KITA." So, you need to brave it. Miss Azreen dah alami benda tu, sejak dulu lagi. sehingga sekarang. keep calm and love your self. tapi, miss azreen masih tertanya, adakah berdiam diri itu lebih baik daripada bersuara. tapi, kalau tak bersuara, pasti akan jadi parah. Bila dah parah, hati sendiri yang kecewa. Ya Allah, sesungguhnya hamba mu perlukan petunjuk dari-Mu.


Setakat itu sahaja bebelan miss azreen pada tengah malam gini.. Jarang jarang tau miss azreen update blog. tapi, jgn risau.  terus rindukan miss azreen k. I love you, readers. 


-knp pelawak feveret miss azreen semua kena rasa bottom 3. nasib baik bochey tak. alhamdulilah. terus support sepahtu, shiro, nabil, jambu and bochey. harap kelima lima mereka layak ke final.-


week 8 & isues

"semalam ialah foto abadi. harini ialah lukisan hidup. esok ialah harapan kita"

Assalamualaikum.. apa habaq, readers semua? amacam?  rindu tak kat miss azreen nie? oh plis!!! tolong rindukan saya. Rindu - rindu kanlah diri ku, sayangku. X)

sekarang nie nak citer pasal MLM 2013 pada jumaat yang lepas.. dah minggu ke 8 dah.. lagi 4 minggu , final lah kita. so, cepat undi abg trio sepahtu kite. 

So, macam mana persembahan diorang haritu?


Kalau saya?

Berdekah dekah jawabnya saya gelak.. kelakar sgt..

abg Shuib membawa watak AC Shuib.Kesian abg kiter nie menari . kononnya nak tiru tarian Dato'Ac. Btw, please!!! terserlah kecomelan abg shuib menari dengan pakaian seperti itu.. seolah olah baru lepasan pmr je.. and plus, lagi comel dari Dato' AC.  haha:D *komen jujur k.

AC dimana?

"ac di belakang!!! saya di sini... sempoiiiii- shuib"

"semenggah sgt perangai kau ni-jep"

"dia terkorban.... YA TUHAN-jep "

"KENAPE!!!!!- shuib
kurang ajar kau ni!!- jep"

"mak cik kau garang. mak cik kau lagi garang dari Jepun"

pesanan jep: " kalau nampak rimau, bukak kasut"

Kejap!!!! pasal pesanan jep  tu,, jgn dok buat k. kang kalau buat, tak pasal pak rimau tu telan korang nanti. hahah:D


Lepas tu, tak pasal pasal abg shuib ngan abg rahim kena cium tgn jep yang dah ...ehem... 

Alahai!!! kesian mereka!!

Sheikh haikal :inilah sepahtu yg kita kenal. everything is good! skrip bagus! kreativiti bagus! jalanan cerita pon bagus! apa lagi.. 4 bintang!!!

lastly, Jep dapat man of the match untuk minggu ke 8. boleh tak nak undi lagi minggu yang ke 9 nanti lagi sekali. biar 4 minggu nie di bolot oleh sepahtu and shiro je. k. fine. sila terima sikap ketamakan saya.lol


Done citer pasal review week 8. 
so,
now, go to the next mood.

Btw! sepahtu mmg kelakaw minggu ni.. tapi, biasalah haters di merata rata akan meng shitkan keadaan.Saya dah biasa dengan semua itu. so, solution untuk saya, pejamkan saja mata.. dan tetapkan hati saya untuk sepahtu.

saya dah baca full article pasal isu ni.
kejap!!! jep over??? yes! saya boleh terima tajuk artikel kali ni. mmg jep over loaded lemak kat pipi dia tu.. ngan bibir dia dan senyuman dia!!!

tapi, isi kandungan artikel tu mmg saya tak boleh terima.dulu, jep besar kepala, then, jep hipokrit and now, jep over? agak agak lepas nie apa eh???

"kata salah seorang peserta, jep memang kawan yang baik, tapi, adakalanya membangga diri sebab dia yang menggerakkan sepahtu"

kejap! "peserta" itu sendiri cakap jep mmg baik. 

Kalau saya sebagai seorang true jeppers, barangkalinya, anda akan cakap saya akan bela jep walaupun dia memang salah. tapi, tanggapan yang anda berikan ternyata 2x ganda salahnya! Miss Azreen akui, saya hanya mengenali dia hanya di tv dan di ig sahaja. mungkin hanya 27% sahaja. Tak seperti  orang yang betul betul rpat dengan jep. Tetapi,setahu saya jep seorang LELAKI YANG SENTIASA MERENDAH DIRI. Lagi sekali, saya nak ulang! bukan nak membela sepahtu mahupun jep! saya hanya nyatakan pendapat saya sebagai salah seorang penyokong jep!

Seperti biasa, bila orang dah ada di atas ,pasti ada jer orang yang tak puas hati. Kenapa ekk? kau mmg tak puas hati dengan kejayaan orang lain ke? tak perlu cari duit dengan mengeluarkan pernyataan seperti ini. anda sendiri pon tahu dah dua individu yang pernah dikecam oleh jeppers? tahukan? because? Jeppers ialah team yang kuat!!! Malaysia perlu tahu!


Jep,

Allah pasti tahu abang berada di tempat yang benar. No worries, bro!!! abang perlu tahu! ada tiga sebab mengapa perkara ini terjadi!
  • diorang benci diri sendiri
  • diorang nak jadi macam abang
  • diorang anggap abang sebagai satu cabaran
nampak tak? bahawa abang sekarang berada di atas mereka. so, tak perlu nak sedih, k!!

saya pon tak tahu nak cakap apa. sebab saya dahjadi speechless. belum habis isu haritu. timbul pulak isu ni. pasti berat beban yang di tanggung oleh abg jep sendiri.

Np- Let it be ~~~

p/s: orang boleh kata apa aje. tapi, jeppers kenal siapa jep! kalau kami belum kenal rapat sekalipun! tapi, jeppers merupakan team yang kuat. so, paham-pahamlah sendiri!!!






memories 2013

"when i leave this world, i'll leave with no regrets"

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni 30/12/13 . esok 31/12//13 . lusa 1/1/2014... 

Sebelum itu, SE LA MAT TA HUN BA RU :)


So, pasti ada azam anda yang sudah tercapai kan? Alhamdulilah. Saya rasa tahun nie punya azam semua tak tercapai. Jadi, tahun ini, saya kena kerja keras untuk capai azam baru dan lama untuk tahun ini(2014).

So, beri laluan untuk saya buat list tentang azam saya.
  • saya nak dapatkan straight A's sepanjang ujian peperiksaan tingkatan 4
  • saya nak bercuti di korea
  • saya nak sihat semula.
  • as i'm jeppers, saya nak jep sambut birthday saya on 18 mac . hmm.. wait! boleh dapatke? >.<"
  • sepahtu akan jadi juara MLM 2013
  • saya nak collect pahala
  • saya nak delete semua dosa saya
  • jika saya tiada nanti, saya nak mati dlam keadaan iman
  • saya nak mama dan abah bahagia.
  • friendship tidak akan pernah terpisah.
  • jep akan dapat 2 anugerah meletop era
  • jep dapat anugerah abpbh 2013
  • jeppers will not stop support jep sepahtu
  • jep bakal bertemu with someone yang dapat jaga dia , care on him. insyaallah:)
nampak kan? bnyk lagi nie. tapi .. lupa sat.. ahaaa:D

apepon, 2013 banyak memberi pengajaran buat saya.

  • sebagai seorang anak, untuk sayang mama dan abah.
  • study juga w/pun dah faham.
  • jangan kuat tido like brader rahim
  • sayang kan seseorang itu dengan ssepenuh ikhlas
  • jadi seorang peminat yang bijak dan tidak beralih arah
  • harta itu nothing
  • ilmu itu penting
  • subjek sejarah saya harus fokus
  • "perancangan Allah lebih baik daripada perancangan saya sendiri"
  • Allah amat menyayangi hamba-Nya.
banyak sungguh kenangan yang menjadi pengajaran untuk saya.tapi, saya jadikan itu pencabar untuk saya.ya!!! 


Saya dapat lihat semangat jeppers dalam hidup jep. tapi, saya kurang bersemngat.. haha:D jep tolong share your spirit with me.. please. i need it.


"mampu bangkit di saat down . itulah jep sepahtu."

dan,

saya harap saya tidak akan berhenti support jep dan shuib. Tapi, jika ditakdirkan saya berhenti support mereka, tolong kembali dan sedarkan saya. Sebab saya dah lama menyayangi sepahtu. saya takut saya akan terbuai. 

Jep & shuib,

Kami sepahturious akan tetap menyokong abang berdua. Jika satu hari nanti, akan ada pelapis yang mengganti populariti anda.Ingatlah ! sepahturious akan terus menyokong anda. tak perlu tongkat. SEPAHTURIOUS adalah tongkat anda!! Ingat!!!Anda ialah pelawak Malaysia yang amat disayangi.
Even Pak Yus boleh pujuk abg jep disaat abang down, itu bermakna pak yus sygkan abg jep!! 


P/S: hmm.. nanti dah sekolah.. tak boleh onl twitter dah . IG pon sama .FB lagilah.Tapi, blog? saya akan update satu entry setiap minggu. sekurang kurangnya..Jgn risau !!! so, readers , jgn nak berlih kasih ehh.. pastikan setiap minggu tengok blog miss azreen. ok.. sayang semua!!!


Miss Azreen doa agar azam readers sekalian akan tercapai!!! Insyaallah.. 

Assalamualaikum..bye bye 2013. thanks ... 

-full of memories-

Sweet Moment (review sepahtu mlm 2013 - week 7)

jep:kau rampas awek aku.
shuib: dia yang mula dulu.
jep:tapi engkau yang melayan.
shuib:aku tak tahan
jep:kau nie mmg setan
shuib:tapi kita kan kawan
jep: kawan yang makan kawan .
pegilah mamposss X)

Hahah:D

Assalamualaikum... apa khabar?Berjumpa kembali kita di ruangan ini:) seronok tak layari blog miss azreen ni? mestilah seronok sebab semua pasal jep. hah? pasal jep je... Mmg seronok dapat tulis pasal jep. jika di beri peluang jadi wartawan, nak tanya kat abe jep kita je.

sebelum itu,
semua sihat kan? saya pon .. boleh lah.. masih sihat lagi. Ok. tak nak citer pasal saya.  .,. sebab harinie rasa HOT sesangat sebab SEPAHTU DAH BUAT COMEBACK YO!!!!


Woi!!! orang kampung , my trio brothers dah buat comeback.. serious comeback dia membuat saya sedikit terperanjat.. tapi, mmg terbaik. Haters? macam mana ? puas hati??? atau rasa tercabar? kejap! knp lu orang diam ehh!! ada sorang tu sampai tak on twitter pon semalam.. Saya dah cakap jangan panggil awak tu peminat fanatik mereka kalau awak nak mengutuk mereka. sebab awak mmg tak layak dipanggil peminat mahupun manusia. ayat "kawan makan kawan "sangat sesuai untuk anda , haters.Jadilah peminat yang bijak!!!
 hahha:D LOL.

"orang kalau dah panik, takut... bagi jawapan tah pape..!! kau ingat punchline"-jep

Apapun aura jep dan shuib yang sangat kuat diikuti Rahim dgn punchline dia yang cukup power menyebabkan saya agak terharu seketika. SERIUS!!! sebab? saya tak expect sepahtu will done this type of best. best gila doww!!! kalau nak diikutkan saya, minggu ketujuh telah membunuh minggu pertama. Minggu ketujuh paling THORbaik. Sepahturious kagum dengan kebangkitan sepahtu.

"tak ada yang lebih berharga daripada melihat gelagat sepahtu"

Sepahtu's Punchline:


*wallet shuib

*gambar gf jep ...Ehh?

*jep dan shuib bergaduh (comel)

*shuib:cinta tak kenal sapa!!!
  jep: tapi kau kenal aku!!!

*peribahasa

*dinding sekolah

*"air liur pun tak sempat nak basi "-rahim

*"dia nak rampas awek kau, kau nak sibuk. korang yang rampas kebahagiaan aku nak tido tadi"- rahim

*perempuan cantik tak semestinya bijak

*suara rock jep

azreen: Brader Rahim kita ni memang kuat tido >.<" Atas stage pon boleh pikir pasal tido. hmmm :/


Saya rasa minggu nie mmg terbaik toqqq.. Sepahturious, saya dah cakap sepahtu mmg mahukan semangat kita.. Apa yg banyak menyebabkan saya betul terharu bila di saat jep, shuib dan rahim peluk dan saya nampak wajah jep yang betul betul sayu. Diikuti dengan suara  penyokong sepahtu and jerit :

"SE PAH TU! SE PAH TU ! SE PAH TU! SE PAH TU!"

Terima kasih sangat sangat sebab anda betul betul memberi satu semangat kepada diorang agar diorang tak rasa down.. Pada saat itu, hanya air mata saja yang menemani saya . air mata kegembiraan. Saya dah banyak kali menangis. Tapi, tangisan kali ini memang bermakna sebab sepahtu berjaya membuatkan saya melupakan kesedihan kepada results saya yang sangat teruk, masalah peribadi saya, dan kekejaman haters pada sepahtu. Saya betul betul terharu dengan True Fans Sepahtu yang setia bersama sepahtu w/pun mereka jatuh. anda berusaha untuk membantu sepahtu untuk bangkit semula. Seminggu ini saya tak pernah miss  ayat support untuk sepahtu daripada kak fai, kak farhanna, kak finas, kak miera, arinah , syahirah ,kak balqis dan fans sepahtu yang lain termasuk admin sepahtu, admin shuib fc, admin jep fc dan semualah.*penat den nak senarai semuanya. fuhhh!letih !!!

me:Jep, jgn nangis lagi dah tau.penat tau jeppers nak pujuk. letih!!!



"TERIMA KASIH SEBAB TAK GUNA LAWAK MENGGUNAKAN NAMA SEPAHTU"

                                            
kepada sepahturious, jgn berhenti support sepahtu. Please let your spirit with them.
-Assalamualaikum-

# Tahniah kepada Dato ' AC Mizal sebab dapat "MAN OF THE MATCH" #
~~> I'M STILL WONDERING "BILA AGAKNYA JEP NAK DAPAT MAN OF THE MATCH" <~~







comeback dan words

saya tak perlukan lirik lagu untuk menghiasi entry saya yg semakin burok nie.
tapi, bagi saya kelihatan cantik dengan gambar di bawah.
ya!
di bawah.
ya
. kat bawah.

l
l
l
l
l
v







Hmmm..
akhirnya 
abang kita
dah buat comeback.

gambar terbaru dari Instagram.
Saya bersyukur dengan gambar terbaru abang.
W/pun, hanya "C u there" pon,
saya dan para true jeppers dah cukup gembira

Betul!!!
tak tipu!!!

So,
now,
i'm feel happy

(22/12)Semalam: abg shuib reply tweet Dato' AC.
(23/12)hari nie:Jep post iklan kat instagram.

Cukup bahagia dah:)))

Wajah keriangan saya terserlah penuh dengan kegembiraan. abg jep dan abg shuib, anda kena tahu satu benda je. Jeppers dan shuibbians always kat belakang dan kat sisi abang jer.Memang betul kami bukan kenalan rapat abang berdua. kami hanya kenalan jauh abg berdua. Dalam -dalam beribu sepahturious, saya seolah olah paling kecil dalam sepahturious, tapi apa yang saya kisah.Apa yang saya tahu saya dah terlampau fanatik dengan abang berdua:) 


    Saya rasa cukup teruja sebab dapat bersama dengan para sepahturious yang lain bergabung semangat untuk memberi satu semangat yang jitu buat abang berdua. Kami tak perlukan bintang yang di beri oleh juri sebenarnya .Kami nak abang bertiga beraksi atas satu pentas.Mendengar dan melihat karenah sepahtu dah cukup membuat hati kami senang. 

   Satu jer saya belajar dari kisah ini, saya dapat belajar cara untuk bersemangat untuk menyokong orang yang kita sayangi . Dan korang tahu siapa orang yang saya sayangi sekarang, abg trio sepahtu saya. Dari situ juga saya dapat berkenalan dengan para sepahturious yang sejati yang sedia menyokong sepahtu w/pun mereka jatuh satu anak tangga jer.

  abg jep, abg shuib dan abg rahim tolong kembali bersemangat untuk kami (sepahturious).
Saya tak nak org kat luar happy dengan kekalahan sepahtu.Kami tahu sepahtu memang kuat.Sepahtu, anda kena bangkit.Hope for your improvement:)Maybe it is difficult, but i know you can do it.


Kepada para readers yang terbaca , pesan pesanlah sesama sendiri. 

JANGAN BUAT LAWAK DENGAN MENGGUNAKAN NAMA SEPAHTU. TOLONG!!! ITU KURANG AJAR!!! SAYA POHON SESANGAT.

Apa? guna lawak Rahim????

"barang baru jarang berfungsi. smalah macam Rahim Sepahtu"

me: ini kurang ajar!!!


Ramai org buat macam nie.Apahal? rasa ini dah kelakar sangat ke??? MAAF!, ayat kau dengan abg Rahim.Abg Rahim lagi kelakar. 


TAK PERLU GUNA PUNCHLINE SEPERTI INI. NAK BAHAN ? BAHAN KUMPULAN SENDIRI. TAK PERLU BAHAN AHLI KUMPULAN LAIN.


klu , ikutkan hati yang amat sakit, nak saja saya ...Erghh!! Fed up!! fed up!!


Kumpulan WALA pon ada guna lawak sepahtu.Tapi, diorang guna dengan cara yang elok.


Maaf SYJ, w/pun saya tahu gandingan kak Jihan  dan abg yassin bersama satu lagi ahli. tah! sya tak ingat nama dia adalah gabungan terbaik malam minggu keenam, tapi, tolong, jgn bahan kumpulan sepahtu mahupun kumpulan lain.

Saya tahu abg Rahim takkan marah. tapi, hati dia sapa tahu?
Tolong jaga hati diorang.

Kerana benda nie, ramai tweetrians yang lain guna benda sebagai tweet lawak. Saya tak suka.Jujur hati saya, saya tak suka. 


Saya tak de niat nak kurang jar, tapi bila melibatkan kumpulan Sepahtu, hati saya mmg mudah rapuh.Kalau boleh belah hati saya sekarang nie, di saat ini, hati saya mungkin dah berkecai.


Percayalah!!! saya tulis semua nie, bukan fikir nak HOT tapi cuma nak luahkan perasaan yang sama seprti para sepahturious yang lain.Kami tak suka dengan lawak nie.


W/pun, tahun nie, sepahtu bukan juaranya sekali pun. saya harap yang bakal ke finale nanti juga ialah pelawak pelawak yang fresh bukan pelawak yang ___________.SEKEJAP!!! Tapi, saya nak sepahtu jadi juara MLM2013.. bolehlah? hahha:D

JGN KUTUK RAHIM, JEP, DAN SHUIB!!


SAYA ULANG SEKALI LAGI.

JGN KUTUK RAHIM, JEP DAN SHUIB!!

PAHAM???

Dear Jep,

janganlah abg asyik nak dengar mulut mulut longkang kat luar sana.Abang kena ingat satu jer.
Ketika abang senang terlalu ramai yang datang untuk memuji abang, tapi ketika susah abang sendiri yang tanggung.Tiada bantuan. Tiada yang mampu nak pujuk abang.Ini semua trend pemikiran manusia zaman sekarang.Abang kena kuat.Kena cekal tempuh segala-galanya. Abang, tlong jangan give up, kami true jeppers sedia untuk menyokong abang. kami (jeppers) sedia menjadi tulang belakang abang. Kami tak nak letak abang dalam populariti yang tinggi sebab abang sendiri pernah cakap" saya tak nak terbang terlalu tinggi, takut lupa untuk turun" saya faham akan kata kata itu.Lagian, hidup kita seperti roda.Kadang kita di atas.kadang kita di bawah.  Saya tahu abang seorang lelaki yang kuat.Tolong pedulikan haters!!! Jangan risau jeppers sedia menyokong abang.Orang yang suka menjatuhkan abang ialah orang yang sedang cemburu dengan kejayaan abang. Berilah apa sahaja sekalipun, saya hanya nak senyuman abang sahaja. 

setakat itu sahaja daripada saya , MISS AZREEN untuk entry kali ini. 


Kepada readers yg ada twitter, banjirkan TL anda dengan Hashtag ~> #doauntuksepahtu ,#doauntukjep #doauntukshuib ,#doauntukrahim dan #AlwaysSupportYouSepahtu :)

Bukan sebab diorang sakit, tapi sekadar pemangkin semngat untuk mereka. 

Selain itu, jgn lupa ubat untuk sepahtu

UNDIAN: (ML20 SEPAHTU ke 33777)


Itu saja 
-ASSALAMUALAIKUM-