background

minggu 9 dan 10 :) "review sepahtu"

# SEPAHTU JUARA MLM 13 #


Assalamualaikum.. apa khabar, sepahturious sekalian mahupun readers yang ter singgah kat blog miss azreen nie.:) Amacam rindu tak kat miss azreen? confirm lah rindu. Sblm itu, miss nak mohon maaf sebab tak dapat nak update review sepahtu week 9. sebab? miss azreen sibuk dgn awal persekolahan yang baharu di tempat baru. sibuk dengan study . Chewah X) sibuk dengan nak usha crush baru. eh eh eh? haha:D  Wokay. sepanjang percutian miss azreen nie , miss azreen kerap kali dengar gosip yang baik baik pasal sepahtu. 

Sebagai contoh, Rahim dapat Man Of the Match masa minggu ke 9. Tahniah!! Sepahtu dapat tempat pertama masa minggu ke 9. Tahniah sekali lagi.  dahlah juara minggu ke 9. dapt pulak kereta keluaran terbaru, Proton Alza. masuk paper pulok. Ewaaahh!!! My sepahtu buat kejutan minggu lepas. 

Ok... kita cittaaa pasal persembahan masa minggu ke 9 dulu. Semua contestant mmg buat yg terbaekk! termasuk my sayang, sepahtu. Masa time VT , one of the sepahtu ada ckp , diorang tak prepare sgt. tapi, awat masa time performance best sgt!!!! Jujur dari hati miss azreen, saya cukup risau pada awalnya. Tapi, sepahtu dah tukar pendapat saya. Miss gelak sampai tersedak. (masa tu jamah makan malam) kesian miss azreen kena marah ngan mama. alahai... Rahim pon boleh tahan. Kelako nya mng power. di bantu oleh abg shuib . agak bagus di situ. Tahniah! Tiba tiba... jeng.. jeng..  Jep pon masuk . Dia datang dengan pakaian ala ala pegawai farmasi gitu. Hok Aloh! hymsem sgt dio nie! Sembang punya sembang.. lastly, jep nak mintak kunci kat doktor yang dipegang wataknya oleh shuib ketika itu. Rupa rupanya, Jep pon pegang watak org gila dengan Rahim. Hahah:D bagus :3 Tapi, tak puas tgk minggu lepas. jep asyik masuk keluar masuk keluar. Then, dia merungut. Sapa suruh main game keluar masuk kat atas pentas MLM13.. Yetly, jep jadi tukang sapu sampah. Plus! masa jep menyamar jadi announcer memang kelakar. Part tu, mmg saya dan abah gelak terbahak- bahak. Again! kena tegur dgn mama. Alahai. tapi, lastly, mama ikut gelak jugak. Hahah:D Tapi, miss azreen nampak Rahim banyak tampal lawak lawak yang tak kelihatan. So, kiranya, shuib jadi mem produce kan lawak. Jep cuba untuk kill lawak itu and ditampal dgn lawak Rahim. Tahniah!!! Tahniah! And Sepahtu dapat 4 bintang yo!!! I'm proud of you:')

Minggu ke 10, bertemakan radio. Saya memang tak terfikir apa yang sepahtu akan buat malam nie. Persembahan diorang bermula dengan kemunculan Rahim terlebih dahulu. rupanya, Rahim jadi deejay.. Berdumdedakdumdedakdumdedakdumdedakdumdedak X) yang buat ia kelihatan kelakar alahainya pun, masa time Rahim dah sebut nama sepahtu untuk masuk dalam konti dah. Tapi, Jep dan si soeb nie tak masuk masuk.. Apa pasal lah diorang nie buli Rahim lagi sekali. Then.. lagi sekali, Jep buat saya melting... Dengan pakaian dia. dengan kecomelan dia. dengan tinggi dia. dengan macho dia. Alahai.. terdiam saya seketika. 
Dan rupa rupanya, deejay kita jemput sepahtu rupanya.. 

Rahim: jep, shuib. rahim mana?

Dalam hati, berani sungguh budak nie. X) Macam biasa, Jep dan Shuib mem "ingredient" kan si Rahim nie. Pada mulanya, saya agak risau. takut nanti lawak tak sampai. tapi, ternyata tak. Memeng kelakar. memang sampai lawak diorang nie. sampai dalam hati. Bnyk jugak punchline diorang. Tak habis habis ngan dumdedakdumdedakdumdedakdumdedak. ada satu part yang Rahim cakap "awak cemburu sebab awak tak dapat kan?" kat si soeb nie. muka shuib tahan ketawa jerr.. Apa lagi, miss azreen mengharapkan Si Shuib nie daptlah man of the match. tapi , tak dapat. TAKPE! Btw, tahniah kat NABIL sbb dapat MAN OF THE MATCH !! Then, masa time kak Nora Danish komen, dia cakap Jep Sepahtu hymsem. Pastu, muka jep dah start malu malu.,. alaaaa.. comel sungguh dia nie!!! Btw, kak nora, abg jep mmg selalu hymsem.  Memang dah start baliklah perangai lama miss azreen, termimpikan si jep kita nie. Hahah:D Yetly, Sepahtu dapat 4 bintang yo!!! Tahniah!!!!!!!!!!!! 


Secara jujurnya, saya terlampau tertarik dengan lawak santai yang cuba di bawa oleh Sepahtu. Tak perlu nak puaskan hati kami semua. cukuplah sekadar, anda dah buat yang terbaik. Haters anda juga lama lama nanti akan lumpuh jugak. mesti mereka akan penat jugak nanti. So, lantak kaulah , haters sekalian. Apa yang miss azreen amalkan dalam hidup miss jugak, biarlah org nak kata kita perasan ke, bajet je ke, pandailah sangat, or terlampau over lah sgt  sekalipon, tak perlu ambil hati. Hidup dengan cara kita. Biar org nak kata. suatu hari nati, diorang akan berhenti. cukuplah anda bersabar dan berani ke hadapan. Seperti apa yang miss azreen ngomongkan, "MANUSIA TAKKAN PERNAH BERHENTI MENGUTUK, MENCACI, MENGHINA MAHUPUN MENCARI KESALAHAN SESEORANG DALAM HIDUP KITA." So, you need to brave it. Miss Azreen dah alami benda tu, sejak dulu lagi. sehingga sekarang. keep calm and love your self. tapi, miss azreen masih tertanya, adakah berdiam diri itu lebih baik daripada bersuara. tapi, kalau tak bersuara, pasti akan jadi parah. Bila dah parah, hati sendiri yang kecewa. Ya Allah, sesungguhnya hamba mu perlukan petunjuk dari-Mu.


Setakat itu sahaja bebelan miss azreen pada tengah malam gini.. Jarang jarang tau miss azreen update blog. tapi, jgn risau.  terus rindukan miss azreen k. I love you, readers. 


-knp pelawak feveret miss azreen semua kena rasa bottom 3. nasib baik bochey tak. alhamdulilah. terus support sepahtu, shiro, nabil, jambu and bochey. harap kelima lima mereka layak ke final.-


No comments: